Monday, March 6, 2017

Cerita Budak STPM

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...saya..lepas SPM sambung STPM...suatu perkara yang orang kampung pandang agak lekeh dan orang yang berpelajaran pandang agak susah. Bukan hina orang kampung tetapi saya orang kampung dan ini kenyataan. Bagi pandangan orang-orang tua yang di kampung memandang seolah-olah STPM ni tak bagus..dan bagi mereka juga..kolej komuniti lebih baik daripda STPM. Dalam hal ini kita juga tidak boleh salahkan mereka kerana mereka mungkin juga tidak terdedah dengan info-info tentang STPM dan sebagainya. Sesetengah orang juga memandang pelajar-pelajar yang menyambung STPM ini merupakan pelajar-pelajar yang tercicir iaitu pelajar yang tidak dapat menyambungkan pelajaran ke universiti atau politeknik selepas SPM. 

Saya menyambil STPM kerana saya tidak layak untuk menyambung ke matrikulasi. Oleh itu, saya menyambung STPM kerana masa agak singkat seperti matrikulasi untuk menyambung ke peringkat ijazah. Orang cakap STPM susah peperiksaannya susah. STPM yang saya ambil ialah yang terbaru iaitu sistem semester mempunyai 3 sem..selama setahun setengah. STPM mungkin susah kerana masa yang pendek dengan silibus yang banyak tambahan pula kerja kursus bagi setiap matapelajaran. Pelajar perlu banyak membaca tidak boleh buang masa itu semestinya. 

Bermulanya pembelajaran saya sebagai pelajar ting.6 di sekolah menengah saya juga daripada ting 1 hingga 5. Jadi saya dah terbiasa dengan persekitaran dan rata-rata pelajar2 yang menyambung ting.6 juga merupakan kawan2 saya. Oleh itu, tidak berasa kekok apabila berada dalam kelas kerana suasananya agak sama seperti belajar semasa menengah cuma guru-guru agak berbeza kerana guru-guru yang mengajar ting.6 dan menengah ialah guru yang berbeza. Di sekolah yang saya belajar hanya ada 1 kelas ting.6 kerana hanya ada 1 kos sahaja iaitu "kemanusiaan - sastera" iaitu subjek 1. Pengajian Am - wajib bagi mana2 kos pun.. 2. Bahasa Melayu 3. Kesusasteraan Melayu Komunikasi dan akhir sekali ialah 4. Pengajian Perniagaan. Berikut ialah subjek2 yang saya ambil. Bermulanya sekolah kelas ting.6 ini agak penuh iaitu seramai lebih kurang 50 pelajar termasuk saya. Semakin lama nombor tersebut semakin berkurang sehingga 30 orang. Masuk semester 2 kelas saya berkurang lagi sehingga 28 orang.

Semester pertama saya bermula dengan agak hambar mungkin umur pra-matang mula memahami maksud inilah dunia..πŸ˜ŠπŸ˜‹ Sepertimana yang saya katakan tadi kawan saya merupakan kawan daripada sekolah menengah tetapi apabila masuk ting.6 semuanya agak berbeza. Walaupun mereka merupakan kawan saya mengenali tingkah laku dan perangai saya tetapi apabila mereka jumpa kawan yang baru semuanya mungkin akan berbeza. Semester pertama saya bermula dengan perkara yang agak sedih dalam hidup saya perkara yang baru yang saya tidak pernah lalui iaitu dipulau atau kawan memulaukan saya iaitu berkomplot untuk menjauhkan diri dan tidak mahu berkawan atau menegur saya. Perkara ini terjadi waktu percubaan peperiksaan sem 1..dan berlanjutan sehingga peperiksaan yang sebenar. Hati saya agak sedih kerana kawan yang saya percayai berbuat demikian kerana perkara yang kecil dan boleh bawa bincang tetapi mereka mengambilnya secara berat dan hanya cakap dibelakang. 

Keputusan semester 1 saya agak teruk satu fail..tak sampai 2 pointer. Tetapi kawan2 yang pulaukan saya dapat 3 pointer ke atas tetapi tak lebih 3.5..Saya rasa sangat down..rasa menyesal kenapa saya sambung ting,6. Rasa tak patut sambung. Cuti bulan 12 saya banyak tenangkan diri. Fikir masa depan. Kena belajar untuk hidup sorang jangan bergantung pada orang kerana nanti masuk kubur pun kita tetap seorang diri. Motivasi diri sendiri dan masih ada kawan-kawan lain. Saya juga selalu ingat bukan saya yang buang mereka tetapi mereka yang buang saya. Saya juga ingat mereka bukan kawan yang baik buat saya kerana jika mereka kawan yang baik mereka akan jumpa saya dan bincang mungkin ada sikap2 saya yang kurang menyenangkan bagi mereka...jika diberitahu mungkin saya boleh ubahnya kepada yang lebih baik tetapi mereka menyambil jalan yang agak menyakitkan hati iaitu memerli di dalam media sosial. Bila dah terbiasa bila dah memaafkan apa yang telah mereka lakukan pada saya. Saya memaafkan mereka kerana perlu belajar satu kelas selama setahun lagi. Saya juga pernah bertekad untuk pindah sekolah tetapi ditentang oleh kawan2 lain. 

Semester 2 bermula di sekolah yang baru. Persekitaran yang baru. Guru-guru yang mengajar saya tetap sama tetapi hanya 5 orang guru termasuk guru muet..Terus terang saya cakap perkara ini agak janggal kerana di sana mempunyai 3 lagi kelas..perlu berhadapan dengan pelajar-pelajar yang baru. Bermulanya perjalanan kami di sekolah baru..setiap result peperiksaan kelas sering dibandingkan oleh guru mereka. Bermula disekolah yang baru begitu banyak rintangan. Walaupun kami bertukar tempat belajar kod sekolah masih sekolah yang lama. Kami perlu berpindah kerana ingin menukarkannya pada kod 2 iaitu ting,6 mempunyai bangunan sendiri jika tidak silap saya...jika silap maafkan saya. Semasa pertengahan sem 2 kawan2 yang memulaukan saya mungkin dah sedar dan meminta maaf tetapi masih agak janggal untuk rapat seperti dahulu..πŸ˜…πŸ˜… 

Sem 2 agak stress dengan Pengajian Am.. Hal ini demikian kerana Pengajian Am ialah satu subjek yang wajib lulus dalam STPM.. Pada Sem2 juga Pengajian Am perlu membuat kerja kursus.. Perlu membuat kajian dan viva iaitu pembentangan di hadapan guru. Terpulang kepada guru masing2 sama ada ingin membuat viva hanya dengan guru atau guru bersama2 rakan sekelas seperti pembentangan biasa. Tajuk kerja kursus diberikan oleh MPM. Kerja kursus Pengajian Am agak senang tetapi guru yang mengajar saya agak mengada sikit bukan mengutuk tetapi beliau guru yang baik dengan saya. Sepanjang sem 2 agak kusut kerana masa agak pendek untuk mengulang kaji tambahan lagi dengan membuat kerja kursus. Tetapi apakan daya terpaksa buat. Keputusan Sem2 agak menaik tetapi belum capai 3 pointer. 

Masuk Sem 3 mempunyai 3 kerja kursus 1. Bahasa Melayu 2. Kesusasteraan Melayu 3. Pengajian Perniagaan. Kesusasteraan Melayu di antara sem 2 hingga 3. Bahasa Melayu pula mempunyai 2 kerja kursus iaitu perseorangan buat karangan dan kajian secara berkumpulan. Karangan Sem 2 jika tidak silap saya dan sem 3 berkumpulan. Sem 3 agak pening kepala sikit kerana kerja kursus agak banyak tambahan dengan masalah2 luar dengan kemasukan tingkatan 6 bawah yang agak berlagak dengan diri masing2. Bukan tak suka sekurang2nya menghormati walaupun sama umur ataupun hanya beza setahun..saya bukan minta mereka memanggil saya kakak atau sebagainya hanya jumpa dan senyum sahaja bukannya susah. 

Walaupun pelbagai rintangan sem3 dan kerja kursus saya dapat di habiskan dengan baik. Keputusan sem 3 saya meningkat dan dapat mencapai pointer 3 alhamdulillah. Muet saya ambil pada bulan mac waktu sem 2 dan mendapat Band 3 bagi saya agak baik alhamdulillah juga. Muet mempunyai 4 perkara iaitu 1. Speaking..2. Writing.. 3. Reading dan 4. Listening. Speaking mempunyai 2 iaitu secara individu dan berkumpulan. Individu kita perlu huraikan apa tajuk yang kita dapat. Bagi speaking secara berkumpulan kita perlu bersembang dengan 3 atau 2 orang lagi kenapa kita setuju dengan tajuk yang kita kata itu perkara yang baik. 3 lagi perkara tersebut agak ok..Kerja kursus bagi semua subjek kesemuanya A dan pointer keseluruhan mencapai pointer 3 ke atas... Sangat bersyukur. 

Sebenarnya apa yang saya ingin menceritakan disini tentang STPM ialah.. bagi saya STPM tidak susah jika kita belajarnya dengan baik. Tetapi rintangan..masalah semasa kita menjalani pembelajaran sebagai ting,6 sangat sukar. Macam mana nak berjaya dalam STPM belajar ikut cara kita..cara yang boleh serasi dengan kita jangan ikut orang. Contohnya: ada penceramah yang mengata belajar sambil dengan lagu sangat baik dapat membuatkan otak kanan dan kiri. Nasihat daripada guru saya.. Beliau mengatakan setiap pelajar cara mengulangkaji tidak sama ada sesetengah orang boleh terima ada yang tidak. Oleh itu, kita sendiri perlu mengkaji diri kita sendiri bagaimana cara untuk kita mengulang kaji untuk masuk dalam kepala kita dan kita dapat ingat. 


Bagi sesiapa yang mengambil STPM.. Kerja kursus sangat membantu bagi pointer keseluruhan cuba baik dengan cikgu dengan sentiasa jumpa mereka jika tidak faham nak buat sesuatu. Cuba buat kerja kursus sehingga dapat skor A penat hanya seketika percayalah. Mungkin sesetengah pelajar merasakan kerja kursus sia-sia dan mahu tumpu kepada silibus..Sememangnya silibus perlu kita tumpukan tetapi jangan sesekali memandang remeh kepada kerja kursus kerja markahnya amat membantu. Menjadi pelajar STPM perlu banyak bersabar kerana ramai mulut orang mengata kita ini pelajar tercicir..tidak mengapa itu mulut sahaja apabila penat berkata-kata ianya akan terdiam juga. 


Bagi pelajar yang couple semasa STPM..saya tidak minta untuk memutuskannya cuma jika berlaku perselisihan faham cuba perbaikinya secepat mungkin jangan biarkan ianya berlarutan sehingga menggangu pretasi peperiksaan anda. Saya tak couple tetapi saya ada kawan - kawan yang couple saya tahu bagaimana. Bila bahagia agak meningkatan dan bila mengalami permasalahan agak jatuh keputusan. Cuba untuk hindarkah perkara itu. Bagi saya pengalaman ting.6 saya sangat menarik bagi saya..bukan sahaja saya belajar daripada akademik tetapi juga belajar menjadi manusia yang lebih matang...πŸ˜πŸ˜‰

#sukasukamenaip
#ceritadaripadamanusiabiasa

4 comments:

  1. Saya tertarik dengan cerita anda. Begitu terpukau dengan kata-kata dan sememangnya apa yang anda telah lalui sebenarnya pernah berlaku pada diri saya sewaktu di tingkatan lima.Huhuhuhu.Tapi saya tabahkan diri.Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  2. Sis awak repeat paper tak saya pun stpm rasa down sgt sbb result selalu teruk

    ReplyDelete
  3. Sis saya pelajar baru utk stpm kalau boleh saya nak sis tolong doakan saya dpt faham dan berjaya ya sis. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Sands Casino, Las Vegas - SEPTCasino.com
    Welcome to Sands Casino! This is where you'll find all the action and excitement! Enjoy a gaming μƒŒμ¦ˆ 카지노 도메인 floor filled with gaming, luxury accommodations and

    ReplyDelete