Thursday, March 2, 2017

Manusia dan Masalah

Manusia dilahirkan dengan mempunyai akal, fikiran dan perasaan. Manusia juga makhluk yang sempurna yang dijadikan supaya dapat menjadi pemimpin di atas muka bumi ini. Walaupun manusia dikatakan sebegitu..manusia juga merupakan makhluk yang mempunyai pelbagai masalah. Semakin manusia membesar pelbagai masalah yang mendatang. Manusia akan mengambil beberapa jalan penyelesaian untuk menghadapi masalah sama ada menyelesaikannya sendiri atau memerlukan seseorang untuk bercerita dan bertanyakan pendapat

Sesetengah manusia juga tidak mahu berkongsi masalahnya. Masalah tersebut dipendam seorang diri sehingga menjadi tertekan kepada diri sendiri. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan yang mudah untuk melarikan diri daripada masalah iaitu dengan "membunuh diri". Bercerita masalah kita kepada seseorang bukanlah membuka aib diri sendiri tetapi membuatkan kita lebih berasa lebih lega. Hal ini demikian kerana, bercerita masalah kita kepada seseorang membuatkan diri kita lebih tenang dengan mendengar pendapat orang. Dengan itu, kita dapat memilih jalan untuk menyelesaikannya dengan lebih baik.

Bercerita masalah kita kepada orang dapat mengurangkan tekanan kita terhadap masalah. Tetapi kita juga perlu ingat bahawa seseorang yang akan mendengar masalah kita merupakan seseorang yang kita percaya. Seseorang yang dapat menyimpan masalah kita dengan baik tanpa menceritakannya kepada orang lain. Mencari seseorang yang dipercayai pada zaman ini sangat susah. Hal ini demikian kerana, terlalu ramai manusia yang hanya baik di depan kita dan mengata/mengutuk kita dibelakang. 😈

Kita juga sebagai manusia janganlah terlalu mempercayai orang luar melebihi keluarga kita sendiri. Kepercayaan ialah sesuatu perkara yang sangat mahal. Apabila kita terlalu percaya kepada seseorang dan seseorang itu telah menipu kita ianya merupakan satu perkara yang dapat menyakitkan perasaan kita. Dengan itu, perkara ini juga dapat menambahkan masalah dan menjadikan diri kita lebih tertekan. Oleh itu, sebelum kita menghadapi masalah, kita perlulah cuba untuk mengelak daripada perkara-perkara itu berlaku.

Masalah juga dapat mematangkan diri kita. Tetapi tidak semua manusia memanfaatkannya. Masalah yang kita hadapi juga dapat menjadikan kita lebih kuat untuk mengharungi hari-hari yang akan datang. Tetapi adakah kita merasakannya begitu? Ada manusia yang sering menyalahkan orang lain apabila dia menghadapi masalah. Ada juga manusia yang menyalahkan Tuhan apabila diduga. Adakah kita manusia seperti itu? Tanya diri..Tanya Hati....Manusia dan Masalah tidak akan pernah lari kerana kedua-duanya bermula daripada huruf..M...HAHAHA😅😅

Akhir kata...ini hanya pendapat daripada seorang manusia yang hidup dalam dunia yang fana..😊

No comments:

Post a Comment